top of page



NATIONAL TECHNOLOGY RESEARCH IN ENGINEERING, DESIGN AND SOCIAL SCIENCE CONFERENCE 2022 (NTRENDS 2022)
PENGENALAN
Penyelidikan bukanlah satu perkara baru dalam dunia pendidikan pada masa kini. Penyelidikan yang dilakukan oleh para penyelidik merupakan usaha untuk menyumbang ke arah peningkatan kecemerlangan diri, akademik dan pembangunan organisasi. Penyelidikan membolehkan penyelidik mengkaji secara sistematik apa sahaja bidang mahupun pengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan kualitinya. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 turut menyentuh tentang ekosistem inovasi dalam pendidikan bagi memacu kecemerlangan yang berterusan pendidikan.
Dalam konteks Politeknik & Kolej Komuniti, budaya penyelidikan perlu dipupuk dalam kalangan pensyarah dan pelajar mahupun staf sokongan apatah lagi kewujudan Revolusi Perindustrian 4.0. Tuntutan revolusi tersebut memerlukan individu samada tenaga akademik mahupun pelajar untuk melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital untuk kekal berdaya saing menuju teknologi baharu pada masa hadapan. Pendidik di dalam bidang latihan teknik dan vokasional tidak terlepas untuk terlibat secara langsung dalam penyelidikan dan pembangunan inovasi teknologi perindustrian 4.0. Warga politeknik dan Kolej Komuniti perlu diberi galakan dan sokongan supaya budaya penyelidikan terus berkembang. Hasil dapatan penyelidikan yang menjurus kepada pentadbiran dan pengurusan organisasi perlu disebarkan supaya dapat menyemarakkan lagi perkembangan dan kemajuan organisasi.
Sehubungan dengan itu, NTRENDS 2022 - Virtual Edition adalah satu wadah yang amat sesuai untuk mencapai matlamat ini dalam tuntutan norma baharu yang kita perlu patuhi ekoran faktor pandemik Covid- 19. Program ini akan memberi peluang kepada para pendidik membentangkan hasil penyelidikan mereka serta diketengahkan untuk tujuan pembangunan organisasi dan memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengendalian persidangan. Para pelajar juga tidak melepaskan peluang mengambil bahagian dalam jawatankuasa pengendalian persidangan. Semoga dengan adanya program ini dapat membantu kita semua menuju ke arah kecemerlangan secara kreatif dan menyokong ekosistem inovasi yang menjadi teras kelima Pelan Strategik Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti.
OBJEKTIF
-
Menjadi platform kepada peserta persidangan membentangkan hasil kajian berkaitan pengajaran dan pembelajaran teknik dan vokasional
-
Mewujudkan platform interaksi dan perkongsian maklumat kajian di dalam kalangan para peserta persidangan
-
Membina jaringan antara warga politeknik dan kolej komuniti dalam meningkatkan pengetahuan dan percambahan idea
-
Memberi pendedahan dan pengalaman kepada para pelajar dalam pengendalian persidangan penyelidikan
-
Mewujudkan ukhwah, kerjasama dan pertukaran kemahiran di antara pelajar, pensyarah dan warga kerja persidangan dalam pengendalian program.
"Penyelidikan dan Inovasi Pemacu Kemampanan Pendidikan TVET"
“Research and Innovation Drive the Sustainability of TVET Education”
TEMA
bottom of page