


Syarat Penyertaan nTrends'22
-
Penyertaan sebagai pembentang (Telesidang) untuk seminar penyelidikan nTrends'22 adalah terbuka kepada pensyarah dan pelajar:
-
Politeknik
-
Kolej Komuniti
-
IPTA / IPTS / ILKA
-
Institusi TVET
-
IPG dan Guru
-
-
Satu kumpulan penyertaan TIDAK BOLEH melebihi daripada tiga (3) orang ahli.
-
Skop persidangan:
• Teknologi dan Kejuruteraan
• Sains dan Matematik
• Sains Sosial
• Komputer dan ICT
• Rekabentuk Seni dan Kreatif
• Ekonomi, Perniagaan dan Pengurusan
• Pendidikan dan TVET
• Kajian Tindakan
• Lain-lain
-
Tarikh akhir penghantaran kertas kajian penuh adalah pada 17 OGOS 2022.
-
Peserta akan dimaklumkan oleh pihak penganjur sekiranya kertas penuh diterima.
-
Kertas kajian yang tidak mengikut format template yang disediakan tidak akan diterima
-
Kertas kajian akan disemak oleh Panel Penilai yang telah dilantik.
-
Kertas kajian dengan pembetulan berdasarkan komen penilai perlu dihantar selewat-lewatnya 1 September 2022.
-
Untuk semua kertas kajian yang diterima, yuran pendaftaran bagi kertas kajian perlu dibayar selewat-lewatnya 20 Ogos 2022.
-
Para peserta perlu menjelaskan bayaran atas nama Koperasi Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail Berhad. Bukti pembayaran yuran perlu dimuatnaik di dalam pautan yang disediakan (Lihat Menu Yuran)
-
Yuran pendaftaran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan sekiranya peserta tidak dapat menyertai persidangan.
-
Kertas kajian yang tidak diperbaiki berdasarkan komen penilai tidak akan diterbitkan ke dalam e-Prosiding.
-
Setiap pembentang perlu menghantar video pembentangan yang berdurasi TIDAK MELEBIHI 10 MINIT dengan menggunakan format TEMPLATE SLAID yang disediakan dan perlu dimuatnaik di pautan yang akan diberikan melalui emel SELEWAT-LEWATNYA 1 Oktober 2022.
-
Setiap pembentang perlu bersedia untuk sesi soal jawab pada hari persidangan.
-
Kertas kajian yang gagal dibentangkan akan dikeluarkan daripada penyertaan. Segala tuntutan yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan.
-
Anugerah seperti di bawah akan diumumkan di majlis penutup nTrends’22:
-
Anugerah Kertas Kajian Terbaik (Kategori Sains Sosial)
-
Anugerah Kertas Kajian Terbaik (Kategori Kejuruteraan)
-
Anugerah Pembentang Terbaik (Kategori Sains Sosial)
-
Anugerah Pembentang Terbaik (Kategori Kejuruteraan)
-
-
Sijil pembentang hanya diberikan kepada peserta yang membuat pembentangan (terhad kepada satu (1) orang pembentang sahaja) dan penerima anugerah. Kredit automatik diberikan kepada semua penulis dan akan diterbitkan di dalam E-Prosiding.
-
Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan manuskrip yang tidak memenuhi syarat persidangan atau penyerahan, tanpa persetujuan pengarang atau pengarang bersama. Bahan persidangan tidak akan dihantar kepada peserta atau pembentang yang tidak dapat menghadiri persidangan.